Saya Cikgu Syahiza, kini (2022) sudah 15 tahun dalam bidang pendidikan. Asal sememangnya opsyen IT, tetapi sejak dari awal posting sudah mengajar BM sehingga sekarang. BM merupakan ospyen dominan saya.
Saya membina blog ini sebagai bahan pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu,saya jadikan blog ini tempat saya menyimpan bahan ASK saya atau sumber nota, video yang berkaitan dengan ASK. Blog ini dijadikan sumber maklumat untuk tingkatan 1 hingga 3 bagi subjek baru dalam KSSM ini. Saya berharap dapat membantu pelajar mahupun pendidik yang berkaitan dengan subjek ini. Banyak video yang terdapat di dalam blog ini adalah hasil daripada pendidik yang hebat diluar sana dan ada yang dihasilkan sendiri. Saya letak video-video tersebut sebagai rujukan untuk anak murid saya membuat ulangkaji pada tempat yang sama. |
|